Thursday, 29 October 2009
Saya Semakin Kurang Sempat Menatap Blog...
Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam at 07:05 0 comments
Thursday, 24 September 2009
Salam Idul Fitri.Mohon Maaf atas Mesej-mesej Ucapan Yang Tak Berbalas
Salam. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya mesej-mesej (sms) tuan/puan, sahabat-sahabat, ex-anak-anak didik dan sesiapa yang cuba menghubungi saya menerusi telefon bimbit tidak menerima reply dari saya baru-baru ini. Sebahagian mesej telah saya balas namun saya tidak perasan bahawa reply tersebut tidak diterima. Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam at 18:38 0 comments
Tuesday, 15 September 2009
Setahun Telah Berlalu: Hanya Sekadar Catatan
Adakalanya kita terasa ingin hidup tenang sederhana seperti biasa-biasa sahaja, jauh dari kemelut masalah umat manusia yang pelbagai ragamnya. Namun, kita kurang berpeluang merasai keadaan-keadaan sebegitu lantaran amanah dan tanggungjawab yang telah ditaklifkan ke atas kita di dunia.
Setahun berlalu di sini dengan pelbagai peristiwa dan cerita. Sesetangahnya lebih dari apa yang pernah terlintas, belum sempat membuat andaian, namun dalam tempoh yang singkat perlu menentukan keputusan. Sebahagian watak-watak manusia yang kita temui hampir sama dengan mereka yang pernah kita temui sebelum ini. Adakalanya pengalaman lalu telah mencipta rumus untuk penyelesaiaan masalah yang kita hadapi hari ini. Adakalanya kita mencuba teori-teori penyelesaiaan baru.
Semakin hari semakin bertambah maklumat, semakin luas ruang amanah, semakin penuh peti-peti rahsia yang perlu dikunci, semakin kita berwaspada dan berhati-hati. Tidak pernah mencari musuh namun ada kemungkian hari esok kawan menjadi lawan. Berdiri berpijak dengan kaki sendiri bersandarkan kekuatan kepada tuhan. Risiko untuk sebuah kebenaran jangan terlalu berharap akan ada yang datang untuk sebuah pembelaan. Menaungi bukan dinaungi, memimpin bukan dipimpin, membimbing bukan dibimbing dan memberi kekuatan bukan memohon perlindungan. Kekuatan rohani dan kemantapan emosi, sabar, sabar dan terus bersabar.
Moga fasa kedua ini bermula dengan sedikit tenang setelah berlaku beberapa kekocakan. Moga tuhan sentiasa memberi kekuatan demi kekuatan, andai terjatuh masih mampu berdiri dengan senyuman.
Selamat Menunaikan Ibadah di penghujung Ramadhan. Moga ditemui suntikan rohani, buat bekalan bertemu ilahi...
11.49 p.m
Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam at 08:14 2 comments
Labels: Catatan
Tuesday, 8 September 2009
Ramadhan & Lailatul Qadar
Sesungguhnya Allah telah memberi keistemewaan kepada umat Muhammad s.a.w berbanding umat-umat yang lalu dengan beberapa keistemewaan. Antaranya dianugerahkan untuk umat ini peluang untuk merebut ganjaran Lailatul Qadar. Ia adalah malam yang penuh keberkatan dan sebaik-baik malam. Malam yang dipilih oleh Allah dia antara malam-malam, malam perlaksanaan ibadah yang di dalamnya lebih baik dari seribu bulan. Allah s.w.t berfirman maksudnya:‘Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam at 19:22 0 comments
Labels: Renungan
Monday, 7 September 2009
Menghayati Kemerdekaan: Dari Era Kebangsaan Menuju Era Keislaman
Tiada siapa yang boleh menyangkal perjalanan sejarah yang telah pun tercatat. Perjuanganyang dilakukan oleh mereka yang dahulu dalam menuntut kemerdekaan tanahair merupakan sebuah pengorbanan yang wajar untuk dihargai, meskipun sejarah dan peristiwanya hanya seskali dikenang oleh generasi hari ini. Itulah hakikat sejarah, ia telahpun berlalu dalam lipatan masa yang ditinggalkan. Maka tidak wajar untuk manusia yang ditakdirkan Allah untuk hidup di masa dan ketika ini, asyik terkenangkan sejarah sehingga menjadikan dirinya tertinggal di masa yang lalu, sehingga dia melupai hakikat dan realiti perjuangan yang perlu ia tempuhi hari ini. Kita membaca sejarah bukan untuk berada di belakang masa, tetapi untuk mempelajari sesuatu dari masa lampau bagi menghadapi realiti hari ini dalam ruang masa yang berbeza. Baca selanjutnya http://notefrommydesk.blogspot.com/ Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam at 18:30 0 comments
Friday, 21 August 2009
Menyambut Yang Dirindu
Lidah kelu dari menuturkan bicara,
Pena sukar mengukir kata-kata,
Untuk mengungkapkan bahasa rindu,


* Selamat Menyambut ramadhan al-MubarakMoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari tahun-tahun yang telah ditinggalkan
Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam at 01:57 0 comments
Labels: Monolog
Sunday, 9 August 2009
Pulang-Hanya Catatan Peribadi 3
TIGA Sewaktu menghasilkan proposal mengenai gerakan pembaharuan, reformasi, Tajdid dan Islah, saya sempat membaca ulang kembali latar belakang sejarah dari pelbagai karya yang turut mencatatkan negeri ini sebagai subjek kajian dan tinjauan. Salah seorang tokoh yang dicatat sejarah sebagai memperjuangkan reformasi, Islah dan pembaharuan ialah Syed Sheikh al-Hadi.
Seperti negeri-negeri lain di Malaysia, Pulau Pinang turut mempunyai sejarah dan ciri-ciri uniknya yang tersendiri. Negeri yang merupakan salah satu dari Negeri-negeri Selat suatu ketika dulu telah melakar sejarahnya yang panjang, tidak kurang melahirkan beberapa tokoh yang sering dibaca sejarah. Negeri-negeri Selat sememangnya telah menjadi tempat perdagangan yang menarik tumpuan pelbagai negara. Hal ini yang memberi kesan kepada percampuran bangsa dan budaya.
Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam at 21:16 0 comments
Labels: Catatan
Friday, 7 August 2009
Pulang-Hanya Catatan Peribadi 2
DUA
Tempat-tempat seperti Padang Kota Lama, Batu Feringgi, Waterfall merupakan antara tempat menarik yang pernah saya kunjungi dan mampu saya ingati ketika itu. Tidak banyak yang menarik tentang alam kanak-kanak yang mampu dikongsi selain rasa ingin tahu yang semakin bertambah hari demi hari.
Kami berpindah kemudiannya selepas itu ke Sebrang Perai setelah berlaku satu tragedi 'amuk' di bangunan Flat kediaman kami tinggal. Saya masih ingat peristiwa yang berlaku pada malam tersebut yang berpanjangan sehingga pagi. Saya masih ingat lagi pada pagi keesokannya atap gerai buah yang pernah saya kunjungi dihempap oleh tubuh manusia yang terjun dari tingkat bangunan itu.
Rindu Menanti Ramadhan-07/08/2009
Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam at 02:42 0 comments
Labels: Catatan
Sunday, 26 July 2009
Pulang-Hanya Catatan Peribadi I
SATU
Rindu Menanti Ramadhan,
Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam at 18:30 0 comments
Labels: Catatan
Thursday, 2 July 2009
Tuesday, 23 June 2009
Sukarnya Mengurus Masa

Sehari Sebelum Akhir Kursus

Hari Akhir Kursus
Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam at 00:09 0 comments
Thursday, 28 May 2009
Pemikiran Ekonomi Bangsa Cina
Saya tidak pernah mengajar di sekolah yang muridnya berbangsa cina. Namun sekiranya saya berpeluang berbuat demikian seketika lalu (Ini kerana saya telahpun meninggalkan profesion perguruan) antara tinjauan umum sebagai persoalan yang ingin saya buat ialah berapa peratuskah anak-anak di kalangan masyarakat Cina yang bercita-cita untuk berkerja sebagai kakitangan kerajaan. Dengan menolak tepi beberapa sifat buruk yang ada pada segelintir mereka seperti menipu (setiap bangsa ada penipu) dan lain-lain, bagi saya bangsa Cina mempunyai beberapa ciri unik untuk lahir sebagai usahawan, atau setidaknya hidup dengan pendapatan sendiri. Beberapa bulan menimba pengalaman berkerja di bawah majikan yang berbangsa Cina pada penghujung tahun 2004 lalu membuka ruang interaksi untuk melihat perjalanan kehidupan harian masyarakat Cina.
Bidang keusahawanan adalah bidang yang mencabar. Dengan meyakini persoalan rezki telahpun ditentukan Allah, umumnya bidang ini mungkin kurang berjaya sekiranya diceburi oleh mereka yang kurang kreativiti dan daya tahan untuk meneruskan sesuatu usaha. Bidang ini amat terdedah kepada perubahan-perubahan semasa, tidak sentiasa tetap, malah boleh diasak dan dicabar pada bila-bila masa sahaja.
Sahabat saya pernah menqiyaskan (menyamakan) beberapa persamaan bagi ciri-ciri yang ada pada seorang usahawan dengan ciri-ciri yang ada pada seorang dai (pendakwah). Katanya dai juga perlu kreatif untuk memasarkan dakwah seperti usahawan kreatif memasarkan produk, cuma bezanya pasaran dai lebih kepada mengharapkan ganjaran dan keuntungan akhirat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dengan mata hati yang penuh keimanan kepadaNya. Maka seseorang yang memiliki ciri-ciri seorang dai kemungkinan mampu untuk digilap untuk menjadi seorang usahawan begitu juga sebaliknya.
Menurut Chin Yee Mun (Dewan Ekonomi, Jan 2009), kemampuan bangsa ini untuk bergiat dalam bidang keusahawanan mempunyai perkaitan dengan kebolehan mereka untuk menguruskan perubahan dengan baik. Menurutnya lagi, dalam istilah Cina perniagaan ialah Sheng Yi yang membawa maksud hidup dan berfaedah. Usahawan Cina memahami bahawa perniagaan itu hidup iaitu sesuatu yang berubah-ubah dan membawa faedah. Ini bermakna usahawan Cina memahami bahawa perniagaan itu tidak statik.
Penerimaan falsafah sedemikian oleh usahawan Cina sangat berkait rapat dengan budaya orang Cina sendiri yang dipengaruhi oleh ajaran Toisme dan Kung Fu-Tze. Ajaran Toisme mengajar pengikutnya bahawa dunia ini berubah-ubah akibat dinamik ying dan yang.. Untuk hidup mengikut falsafah bangsa Cina keseimbangan adalah penting untuk dipelihara. Buku I-Ching yang lebih dikenal sebagai buku perubahan merupakan salah satu ikon ajaran Toisme. Untuk dibandingkan dengan ajaran Kug Fu-Tze menurut beliau, ajaran Toisme lebih mempengaruhi budaya Cina di peringkat makro di mana peringkat mikro ajaran Kung Fu Tze mengutamakan ketertiban dan peraturan untuk menjamin keharmonian sesama manusia.

Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam at 17:39 0 comments
Labels: Motivasi Keimanan
Wednesday, 25 March 2009
Berhenti Aktif Berblog Buat Seketika...
Saya dengan ini bercadang untuk berhenti aktif berblog di ruangan 'Koridor Remaja Muslim' ini atas beberapa sebab yang berikut:1-Bebanan tugas urus tadbir di Pusat Tanggungjawab
Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam at 21:17 0 comments
Tuesday, 17 March 2009
Wasiat & Pesanan Di Hari Kelahiran
Andai Dirimu Ditakdirkan Untuk Melihat Terbenamnya Matahari Senja Nanti,
Maka Genaplah Umurmu 28 Tahun Mengikut Perkiraan Tahun Masihi,
Adapun Mengikut Perkiraan Tahun Hijri Beberapa Bulan Lagi Andai Sempat Kau Temui,
Maka Usiamu Akan Mencecah Angka 29 Tahun,
Itulah Usia Yang Telah Kau Lalui Sejak Dirimu Ditakdirkan Ke Alam Dunia,
Iaitu Semenjak 19 Mac 1981,
14 Jamadil Awwal 1401
Khamis Malam Jumaat,
Maka Kau Lahir Seperti Yang Telah Tercatat,
Sedarkah Dirimu Bahawa Engkau Tidak Mengetahui Berapakah Baki Umurmu Yang Masih Tersisa?
Atau Sudah Lupakah Dirimu Bahawa Engkau Mampu Dipanggil Mengadap Ilahi Pada Bila-bila Masa, Saat dan Ketika?
Maka,
Andai Ada Sebiji Benih Di Genggamanmu Saat Ini Yang Ingin Kau Semai Agar Tumbuh Sebagai Pohon Yang Berbuah Merendang Maka Laksanakanlah Ianya Segera,
Mudah-mudahan Memberi Manfaat Buat Generasi Yang Berikutnya,
Andai Ada Janji Yang Belum Kau Kota,
Maka Tunaikanlah Ianya Secepatnya,
Andai Ada Hutang Yang Masih Belum Terlangsai,
Maka Selesaikanlah Ianya Sebelum Ajal Datang Menjelma,
Andai Ada Tetangga Yang Ingin Kau Ziarahi Namun Tidak Punya Kesempatan Dan Masa,
Maka Jangan Tangguh-tanguhkan Lagi & Peruntukkanlah Masa Untuk Mereka,
Andai Ada Nasihat&Pesan Buat Mereka Yang Berada Di Bawah Tanggungjawab & Bebananmu,
Maka Sampaikanlah Sebelum Tiada Lagi Ruang Waktu Untuk Dirimu Melakukannya,
Wahai Diri,
Panjang Atau Pendek Usiamu Bukanlah Ukuran Dirimu Berada Dalam Keberuntungan,
Sebaliknya Ketaatan & Pahala Menjadi Timbangan Di Sisi Tuhan, Maka Wajarlah Dirimu Sentiasa Bersiap Sedia Untuk Sebuah Hari Perhitungan Untuk Dipersembahkan Segala Amalan,
Cacat cela, Dosa dan Noda Mungkin Menggelincirkan Kakimu Terhumban Ke Dalam Neraka Tuhan,
Azab Yang Amat Pasti Tidak Mampu Kau Pikul Walaupun Dalam Keterpaksaan,
Andai Ada Aliran Air Mata Keinsafan Yang Mampu Memadamkan Api Neraka,
Maka Biarkanlah Ia Tumpah Bersama Penyesalan Sementara Dirimu Masih Di Dunia,
Jangan Kau Kekang Ia Kerana Egomu Di Hadapan Tuhan Yang Maha Perkasa,
Kerana Di Akhirat Nanti Yang demikian Itu Sudah Tidak Lagi Berguna,
Meskipun Kau Iringinya Nanti Bersama Tangisan, Teriakan dan Ratapan Air Mata,
Tuhanku,
Aku memohon istighfar Dengan Doa NabiMu;
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku adalah hambaMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrarku kepadaMu (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku; aku berlindung padaMu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau'
Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :
" Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan"
Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam at 00:09 0 comments
Labels: Monolog
Monday, 16 February 2009
Mestikah Biografi Diri Ditulis Di Penghujung Kehidupan
Beberapa bulan yang lalu saya bekesempatan berbual-bual dengan seorang pegawai kanan secara tidak formal. Dia menceritakan perjalanan hidupnya yan lalu sehingga dia berada di tahap sekarang. Saya sempat bergurau dengan bertanya :"Mengapa tidak menulisnya sebagai catatan biografi?". Katanya nantilah kerana kebiasaanya catatan perjalanan orang menulisnya di penghunjung kehidupan. Saya cuma diam tersenyum tanpa sebarang apa-apa komen. Kelmarin lalu saya cuba-cuba membuat catatan biografi diri disertakan dengan sebuah dedikasi untuk ibu saya yang tercinta. Namun catatan tersebut saya tangguhkan 'post'nya meraikan ada betulnya juga adat dan kebiasaan tersebut. Saya pernah membaca beberapa titipan biografi yang memberi pengaruh besar dalam diri saya. Catatan beberapa orang hebat yang telah memuatkan pengalamannya untuk dipelajari oleh generasi kemudian. Sungguhpun menyedari diri tidaklah sehebat mereka namun ada impian untuk menjadi seperti mereka. Saya membaca karya-karya hebat seperti Syed Qutub yang memuatkan dedikasi perjalanan hidupnya sehinggalah dirinya bertemu Allah di tali gantung dengan wajah yang tenang dan gembira. Sesiapa yang memahami bagaimana Syed Qutub mengarang Tafsir Zilalnya 'Fi Zilal al-Quran' Di Bawah Naungan al-Quran pasti akan terkesan dengan penghayatannya terhadap al-Quran. Kesan tersebut begitu membekas di jiwanya dan sekiranya anda berkesempatan temukanlah sebuah karya Dr Salah al-Khalidi yang pernah membuat kajian metodologi Tafsir Zilalul Quran yang cukup indah penghayatannya. Saya terfikir-fikir tentang apakah betulnya adat dan kebiasaan seseorang menulis biografi hidupnya di penghujung kehidupan. Ya, itulah kebiasaanya yang berlaku, namun siapakah kita untuk tahu bilakah penghujung kehidupan kita. Kita sebenarnya menulis tentang apa-apa yang telah berlaku semalam, hari ini dan saat ini. Dan untuk esok dan hari yang mendatang masih menjadi rahsia di sisi Allah yang meliputi ilmuNya terhadap segala sesuatu. Kita tidak perlu menantikan hari esok untuk menyampaikan sesuatu sedangkan belum tentu kita sempat melihat terbenamnya matahari pada hari ini. Lakukanlah apa yang mampu selagi nafas belum terhenti, sementara denyut nadi masih dirasai. Berkerjalah untuk duniamu seakan-akan dirimu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk hari akhiratmu seakan-akan dirimu akan mati esok hari...
Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam at 20:04 0 comments
Labels: Motivasi Keimanan













































