Sunday, 30 November 2008

Dari Sekolah Menuju Universiti -[Bhg Akhir]-(Dedikasi Untuk Anak-anak Didik Yang Ditinggalkan)

Maktab Mahmud Bandar Baharu

Amat sukar untuk menulis sesuatu meperihalkan MMBB. Ia adalah sekolah yang paling lama saya berada di sana berbanding sekolah-sekolah yang terdahulu darinya. Terlalu banyak pula pengalaman dan kenangan yang teringin untuk dicatat. Sehingga akhirnya saya sukar untuk mencatatkan sesuatu untuk menggambarkan ia secara ringkasnya.

Saya cuba mengimbas kembali. Mencatatkan apa-apa yang terlintas secara sepontan di sini. Pada bulan April 2006, saya telah melaporkan diri untuk berkhidmat di MMBB. Saya sememangnya tidak pernah tergambar akan menjejakkan kaki di sini. Malah sekiranya saya tidak ditakdirkan ke sini, nama-nama tempat seperti Lubuk Buntar, Bukit Aping, Bagan Samak, Permatang Kerat Telunjuk dan Sg Ular mungkin tidak akan saya temui dalam kamus perjalanan hidup saya. Saya juga tidak pernah tahu wujudnya di sana sebuah sekolah agama rakyat, yang kini telah diambil pengurusannya oleh Lembaga Maktab Mahmud.




Ketika saya meninggalkan bumi Malaysia khususnya Maktab Mahmud untuk melanjutkan pengajian di Mesir, Maktab Mahmud hanya ada tiga buah. Di Alor Setar iaitu tempat asal Maktab Mahmud, di mana saya sendiri pernah menimba ilmu di sana. Dan kemudiannya di hujung tahun persekolahan saya, telah dibuka dua cawangannya iaitu Yan dan Langkawi. Ketika cawangan pertama di buka di Yan, saya sempat menjenguk adik-adik generasi pertama tingkatan satu MM Yan untuk beberapa kali.

Setelah kembalinya ke tanahair pada penghujung 2004 saya mendapat tahu bahwa Maktab Mahmud telah bercambah menjadi 12 cawangan. Namun ia bukanlah Maktab Mahmud yang dulu atau yang asal, tetapi yang diambil alih dari sekolah-sekolah agama rakyat di negeri Kedah. Sejak pengambil alihan beberapa sekolah agama rakyat ini, warga-warga MM dari seluruh pelusuk cawangannya berhadapan dengan pelbagai cabaran baru, fenomena baru dan isu-isu yang mungkin tak pernah dijangka, sehinggalah kini.

Bertemu Kembali Sahabat Lama

Pada hari pertama saya melaporkan diri kebetulan pula bertemu kembali seorang sahabat lama yang turut dihantar ke cawangan Bandar Baharu. Kami pernah bertemu sebelum ini ketika sekolah rendah, kemudian di sekolah menengah setelah setahun saya meninggalkan sekolah rendah, dan kemudiannya berpisah lebih kurang tempoh 5 tahun, akhirnya bertemu kembali di sini sebagai pendidik di sekolah yang sama. Namun akhi Us Helmi lebih dahulu berhijrah dari MMBB ke MM Merbok setelah setahun kami bersama di sini. Selain dari akhi Us Helmi saya turut bertemu seorang lagi sahabat yang pernah menuntut di M.Mahmud dulu iaitu Us Zaki. Beliau juga kini telah berhijrah dari MMBB dan kini berkhidmat di JAWI.


Antara program awal yang berjaya dilaksanakan ketika berada di sana ialah Hari Motivasi & Kecemerlangan di USM Kerian. Dengan bantuan beberapa orang rakan guru maka program ini berjaya dilaksanakan pada bulan Ogos 2006 dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terhdap perlaksanaan program ini.

Selain itu saya cuba menghidupkan usrah-usrah tingkatan, merangka program-program pembinaan peribadi dan menjayakan program antara waris dan pelajar. Kejayaan terbesar BDKMMBB ialah apabila ia berjaya menganjurkan Liqa Mahabbah terakhir bagi sesi 2007. Selain itu beberapa orang AJK BDKMMBB juga mula mengorak langkah apabila mula menyumbang khidmat di satu dua buah sekolah pada tahun 2007. Terima kasih kepada anak-anak didik yang kuat memberi sokongan.





Menjadi bendahari PIBG juga adalah pengalaman yang amat bermakna. Terima kasih juga kepada ibu-bapa yang memberi kepercayaan, kritikan dan teguran yang membina buat saya secara jujur dan terbuka. Mesyuarat Agong PIBG sentiasa dalam kenangan. Saat saya diminta untuk membuat beberapa penjelasan tentang kewangan adalah saat saya belajar untuk menerima kritikan dan penilaiaan secara terbuka. Perasaan tersebut andainya dipupuk dengan keimanan maka akan terbayanglah hari akhirat di mana saya akan disoal atas setiap amalan yang dilakukan oleh Allah azza wajalla di khalayak ramai.

Satu lagi pengalaman penting ketika berada di sini ialah menjadi warden Asrama. Memastikan disiplin, keselamatan dan kebajikan pelajar adalah tugas utama. Maaf andai ada yang terasa ketika terdenda, terguris atau terluka, semua itu dilakukan untuk tujuan mendidik anak bangsa saya yang tercinta. Sentiasa beringat untuk yang selalu hilang duit dan tercicir dompet. Dan yang sakit-sakit harap-harap sentiasa sihat-sihat pula, moga tak kerap sangat perlu ke klinik atau hospital.

Sapa Kata Pakai Tudung labuh tak Boleh Kawad?

Sepanjang 2 tahun 5 bulan berada di sana banyak pengalaman dan pelajaran ditimba. Dalam tempoh tersebut saya diberi peluang untuk menyumbang khidmat sebagai guru Bahasa Arab ting 4 dan 5 (2006), ting 2 dan 4 (2007), ting 3,4 dan 5 (2008), guru pengelola Badan Dakwah & Kebajikan (2006-2008), Bendahari PIBG (2006-April 2008), guru kelas ting 2 Ihsan (2007), guru pengelola PBSM (2007-2008), warden asrama (2008) dan lain-lain tugasan yang mengajar saya erti pengorbanan sebagai seorang guru & pendidik. Boleh dikatakan di MMBB sekolah adalah rumah pertama saya. Sekiranya di MMY saya tidak berkesempatan untuk menyumbang bakti dalam tempoh yang saya harapkan (walaupun dah jatuh hati dekat Gunung Jerai), maka di MMBB saya cuba menyumbang dengan semungkin yang boleh dengan kemampuan yang ada. Nilai cabaran dan pengalaman amatlah besar buat saya di sini. MMBB tidak hanya meninggalkan kenangan yang manis-manis sahaja untuk dikenang, bahkan lebih kepada cerita kehidupan yang panjang untuk disimpan buat tatapan dan rujukan di hari kemudian. Untuk setiap warga MMBB terutamanya pelajar kebanyakannya ada cerita tersendiri yang dibawa bersama saya.

Nama-nama berikut adalah antara anak-anak didik yang terlintas di fikiran dan masih saya ingat nama-nama mereka:

Ting 5 2008 Putra (saya menjadi guru kelas ini untuk lbh kurang dua bulan): Danial Ashraf (Peng BDK 2008), Faqih (B.Baharu), Khairi, S.Farid (S.Perai), Azizol, Suyuthi (S.Perai), Anas(K.Asrama 2008), Fakharuddin (Kulim), Alif, Luqman (Selama), Afnan (P.Pinang), Fauzan dan Abu Hanifah.

Ting 5 2008 Putri: Hakimah, Izzah (T.Peng BDK 2008, S.Perai), N.Nadhirah, Ummi (S.Perai), Atika Natasha. (B.Baharu), Basyirah, Barakah, Rifhan (T.Peng PBSM 2008), Huda, Syazwani (Wanie), Adila, Shakirah, The twins Hamiza (T.Su PBSM) & Hafiza ( Nanti klu musim durian bagitau), Fatin Nor Solehah, Amalina, Intan Nabihah (adik nama Syiham), W.Fadhlin Sakina, Fatin Nasirah (S.Perai) dan Fadhliana.

Ting 4 2008 Putra : Farhan, Fakharul (rajin berniaga, ada sepupu Aizat dkt MMY), Naim, Farid, Faiz, Rusydi, Zakirin, Megat, Shafiq dan Hafiz.

Ting 4 2008 Putri: Afaf, Ashikin, Sabirah, Syahirah, Hasnida, Hazirah, Nor Aishah, Hidayah Aziz, Zakiah, Fatimah az-Zahra (adik nama Saidah atau Saadah klu tak silap), Suhada, Zaharah, Ayuni (Abg nama Syazmir), Hidayah Md Nor, Syahratul Aini.

Ting 3 2008 Putra: Rafiqi (belajar rajin-rajin, mak ayah susah keja), Fahmi (kapten PBSM, boleh la nanti singgah makan roti dkt kedai), Muhsin (Mone, Bgn Serai), Muzaini, Firdaus (Taiping), Shafiq( prnh saya kuarantin dlm bilik sehari semalam), Rabbani (prnh jg dikuarantin oleh saya ), Luqman Hakim, Muhibbudin, Alif, Iqmal, Sadruddin, Qhairul Ashraf, Amin, Syauqie, Hanis (sgtlh trlbh aktif ), Hamizan (prnh dikuarantin oleh saya), Hafizuddin (Bob), Saifullah, Hanif, Syafiq Yusri (masa tuisyen duk kikis lumut) Syamil dan Hadi. (Bilalah plk boleh main Futsal dgn hampa )

Ting 3 2008 Putri: Nur Hanis ( P.Ketua kelas), Fitriliana, Alia Syafika, Amiira Syafika. Atikah,Hatikah, Fathiah, Hidayah Nasuha, Hidayah Rahim ( bila plk nak lwn Us selesaikan soalan Math), Nrl Izzatie, Fatin Farhah (trm kasih sebab call jemput ke jamuan akhir tahun wlupun ms tu saya duk dkt Piutrajaya), Nisak, Ummi Najwa, Aisyah (hrp lbh aktif), Amani Fatin (mg makin cekap B.Arab), Nrl Farhaniza (saya suka panggil Farhan wlupun kwn2 panggil Nurul), Aimie Syramimi, Syafiqah (Pikah), Mariah, Roshada, Sarah ‘Afifah ( antara best student yg saya jumpa sepanjang pengajaran saya, tapi prnh bagi formula Math salah utk saya jawab soalan Math, hope the star will bright soon), Shakirah (geng kayuh basikal), Norhafizah, Suzana (never give up), Amirah Najwa (abg prnh mngajar skl saya dulu), Fazlin, Awatif (moga cpt dewasa), Amirah Fatin (thanks for the tie clips), Zulaiha (hrp2 dah sembuh), Sakinah, Nur Asyikin (belajar biarlah semangat mcm main badminton), Baiti (saya masih tertanya-tanya kenapa ada org tambah nama lain selain saya dkt kertas B.Arab?) dan Zuriyana. Insha Allah saya akan update kembali nama-nama yang tertinggal.

5 comments:

amirafatin said...

hidayah rahim...hidayah nasuha...alya syafika..amiera syafika...

Alzasha Illiyyin Zainal Alam said...

Ok2. Tq.:)

sarah said...

salam.masih ingat lg nma sy..naik f.4 skrg baru sy thu erti mnuntut ilmu..sblum ni sy bljr boleh dkatakan main-main jugakla..us,jom solve soalan add math..b.arab tggi pening dkt balaghah..tapi sy nk b'trima kasih bnyk2 sbb us ajr Qawaid agk mndalm,sy x la b'masalah sgt..

Alzasha Illiyyin Zainal Alam said...

Saya masih ingat lagi. Sarah Afifah, 3 Ikhlas 2008

izzah said...

trharunya...sdih bla tringat mmory kt mmbb,04-08.