Maktab Mahmud YanAwal 2006, 15 Januari, saya diberi peluang oleh Allah untuk berada di bumi bertuah Maktab Mahmud Yan. Sebuah kawasan yang tenang, tenteram, jauh dari kesibukan kota serta berlatar belakangkan Gunung Jerai ini sememangnya pernah membuatkan hati saya terpaut untuk berada lebih lama di sana. Di sana saya temui pelajar-pelajar yang tinggi sahsiah, akhlak dan budi pekertinya. Kemungkinan, faktor jauhnya bumi Yan dari bandar dan suasana ( bi'ah ) solehah yang mampu dibentuk ketika itu mampu melahirkan generasi yang bersih hatinya atau setidak-tidaknya sentiasa merendahkan diri dan mudah untuk dibentuk dan dididik. Anasir-anasir negatif mungkin sedikit jauh dan lambat untuk sampai ke sana.
Saat saya menjejakkan kaki ke sana saya merasakan seolah-olah saya akan berada sedikit lama di sana. Setidak-tidaknya paling kurang 4 atau 5 tahun. Saya diamanahkan untuk mengajar subjek B.Arab untuk kelas tingkatan 3 pada awalnya, kemudian ditukarkan untuk mengajar di kelas ting 2 bagi subjek B.Arab dan Pendidikan Islam Ting 3. Cuma kelas tuisyen B.Arab saya masih mengajar untuk kelas ting. 3. Pernah menjadi guru kelas 3 Ikhlas (Putra ) selama lebih kurang 2 minggu, kemudian ditukarkan menjadi guru kelas 3 Ikram (Putri) minggu berikutnya.
Selain itu, menjadi jurulatih untuk pasukan bolasepak bawah 15 dan 18 tahun sekolah adalah satu kenangan yang sukar dilupakan. Kami telah mencipta beberapa kemenangan penting di peringkat permulaan MSSK. Ia adalah satu keputusan yang tidak pernah dicapai sebelum itu. Untuk latihan-latihan yang pernah kami lakukan, kami pernah berlari bersama di bawah kaki Gunung Jerai pada waktu pagi dan petang. Apa yang menarik, saya juga pernah mendenda pemain bolasepak sekolah yang lewat solat berjemaah ketika itu. Disiplin amatlah menjadi keutamaan. Dalam masa yang sama kami telah membuka gelanggang bola tampar buat kali pertamanya di sekolah.
Saya memiliki murid-murid yang kuat belajar di waktu pagi dan kuat bermain di waktu petang. Untuk menyemak buku-buku latihan yang diberi dalam kelas saya tidaklah perlu terlalu menggesa untuk mengahantarnya, malah saya kadang-kadang terpaksa menyemaknya di kantin dan ada juga di bangku-bangku yang tersedia sebelum memulakan sesi latihan bola tampar. Ia adalah suasana ilmu yang hidup dan dinikmati. Adakalnya saya pernah merasai seolah-olah memiliki kekuatan angkatan tentera anak-anak putra yang sentiasa bersiap-sedia menggempur musuh. Di sana juga saya temui anak-anak didik putri yang penuh beradab, pemalu dan bersopan santun. Ia adalah tempat yang saya rasai sejuknya hati melihat bangunnya sebuah generasi yang kuat, berdisiplin dan taat.
Namun saya cuma diizinkan Allah untuk berada di sana cuma untuk tempoh lebih kurang 3 bulan. Ia adalah satu tempoh yang tidak dijangkakakan oleh kebanyakan warga MMY dan juga saya. Saya telah menerima keputusan kemudiannya untuk berkhidmat di Maktab Mahmud Bandar Baharu, sebuah daerah yang menghadiahkan berjuta pengalaman.
Meskipun berada di MMY cuma selama lebih kurang 3 bulan, tetapi seakan-akan terasa sudah bertahun. Mungkin kerana nilai ukhuwwah yang dibina, nilai perkongsiaan yang banyak diperolehi, nilai pertolongan dan penghargaan yang diberi, oleh warga MMY dari kalangan guru, staf mahupun anak-anak didik sendiri. Sudah tentu ianya akan sentiasa tersemat di hati sanubari.
Berikut adalah sebahagian nama anak-anak didik yang masih saya ingat: 2 Ikhlas MMY 2006 (Generasi ke 7 )Ahmad Kamil, Ahmad Zaim, Alif Muhaimin, Amir Afendi, Fadzil, Khairul Aizat, Ashraf, Najdi, Azrie, Nasiruddin, Akmal arif, Faiz, Farhan, Fathi, Hatim, Irfan, Naim, Syauqi, Syafiq, Tarmizi, Zul, Muadz, Amirul, Hakim, Ihsan, Syafiq Shahmi, Hakimi selebihnya saya telah terlupa nama-namanya.
2 Ikram MMY 2006 (Generasi ke 7, pengirim-pengirim kad raya terbanyak 2006 )Aiman, Najwa, Fathiah Hassan (selalu kirim kad raya), Hani Aiman, Husna Muslan (kakaknya 3 Ikram nama Aisyah), Izzatul , Ku Nurul, Maryam Jamilah (moga menjadi tokoh besar seperti Maryam Jamilah), Asma, Hani, Hayati, Ainil, Hidayah, Maizatul, Anis, Fakhriah (mgkn skrg di SMKAY), Nurul Hani G (Ketua kelas), Izza, Izzatie, Nadiah, Nurul Najwa, Sharieza, Nusaibah Ramli (adik nama Umar klu tak silap), Raihan, Siti Rawiyati (selalu kirim ucapan, duduk sebelah Nusaibah), Syakirah, Ummi Kalsom, Wan Nur Syafiqah(duduk sebelah Fathiah), Yusra, Zaharah (Kini di MMAS, kakaknya3 Ikram nama Syahidah), selebihnya saya terlupa nama-namanya.
3 Ikhlas MMY 2006 (Generasi ke 6 )(Untuk lbih kurang 2 minggu saya menjadi guru kelas untuk kelas ini) Ammar, Syafiq, Taufik, Jabir, Azhim, Akib , Amal, Habib, Zaim, Dini, Fakhrul, Firdaus, Tengku, Wan (kapten bola bwh 15), Ilham, Farhan, Hamdi, Harith, Zul, Hadi, Ilyas(selalu kirim ucapan pada saya), Hanif dan Syazwan. Selebihnya saya terlupa nama-namanya antaranya nama-nama singkatan. Saya dihadiahkan T-Shirt kelas dari kelas ini.
3 Ikram MMY 2006 (Generasi ke 6 )(untuk lebih kurang 2 bulan lebih saya menjadi guru kelas untuk kelas ini) Ahma Ainiah, Aisyah Muslan (Kini di SMKAY), Amalina(Kini di MMAS), Amirah (kini di SMAKY), Arshieda, Fahriza, Fatahiyah (kini di MMAS), Fatin Amirah (saya keliru, ada byk sgt nama Amirah), Hidayatunnur, Khairun Nisak(Kini di SMKAY), Mashitoh, Nadia Amani, Nasihah, Nasirah, Azyati, Farhana (Kini di SMKAK), Akma, Hamizah, Rashidah, Syamimi (Kini di SMKAY), Farahin, Fatehah, Naim Syafiqah, Saadah, Adilah, Nurul Iman Mohd Asri (prnh tlg saya isi markah saat-saat akhir sebelum meninggalkan MMY, still di MMY), Nurul Jannah (Integrasi Gopeng klu tak silap), Shuhada, Shakiroh, Khadijah (still di MMY), Noryani (Ketua kelas), Atiqah, Syakirah Nayan, Syazwani, Syahidah (Still di MMY), Najla, Yusriyah, Zafirah, Hanisah. Antara kenangan yang masih saya ingat di kelas ini ialah ketika berlakunya isu tidak puas hati tentang penentuan kedudukan dalam kelas. Saya sering tersenyum apabila mengenangkannya.


0 comments:
Post a Comment