Thursday, 5 February 2009

Membangunkan Blog Peribadi:Dari 2006 Hingga 2008

Sekiranya ada yang bertanya bagaimana dan bila saya mula membangunkan blog peribadi. Maka jawapan sebenar bagaimana untuk membangunkan blog peribadi ialah, ianya tidaklah sesukar mana. Namun tidaklah pula semudah begitu saja. Saya membangunkan blog peribadi secara asasnya melalui kaedah 'cuba-cuba' tanpa jemu dalam masa seminggu. Kemudian dikembangkan, dikembangkan dan dikembangkan.

Mengenangkan kembali bilakah saya mula membangunkan blog peribadi, maka ianya bermula pada April tahun 2006. Lebih dahulu dari itu saya telah diperkenalkan oleh ex-anak-anak didik AP saya tentang kewujudan ruangan 'Fiendster' pada penghujung 2005. Pada asalnya saya tidak berminat untuk 'join' 'Friendster'. Namun setelah 'diinvite' beberapa kali oleh beberapa orang anak didik saya maka barulah saya bersetuju untuk menyertainya. Sepanjang pengajian saya 4 tahun di Mesir, saya tidak sempat untuk meneroka alam maya ini. Apa yang saya tahu di internet tidak lebih dari memiliki 2 alamat e-mail yahoo peribadi dan membaca berita-berita dari Malaysia melaluinya. Bukan tidak teringin untuk mempelajari sesuatu yang baru, cuma masa ketika itu lebih perlu untuk diberi penumpuan terhadap buku-buku dan pengajian. Saya sedar saya tidak akan berada di bumi al-Azhar selama-lamanya. Maka peluang selama 4 tahun di sana saya penuhi dengan mengutip semampu mungkin ilmu pengetahuan yang tidak mungkin saya temuinya di bumi Malaysia. Maka dengan sebab itu saya sedikit tertinggal dalam dunia maya internet ini ketika itu.

Penghujung 2005 saya telah 'join' Friendster untuk meraikan 'invite' yang sering hadir dalam kotak mail dari anak-anak didik saya. Kebutaan saya tentang alam maya ini ketika itu menjadikan saya teraba-raba untuk memahaminya. Saya mula cuba-cuba menukar 'layout', memasukkan itu dan ini. Dan maaf untuk ex-anak-anak didik AP saya yang pernah menjadi guru-guru saya dalam perkara ini kerana saya mungkin banyak sangat bertanya. Terima kasih diucapkan sebagai penghargaan kepada yang sudi memberikan tunjuk ajar meskipun sukar untuk difahami pada peringkat awalnya. Nama-nama seperti Nurul Fitrah, Nor Ashikin, Khansa' dan Nor Fatin Dini adalah individu-individu penting pada peringkat awal penerokaan saya melalui alam internet ini, yang akhirnya mencetuskan penemuan-penemuan baru untuk saya menghasilkan blog peribadi.

Kejemuan saya pada Friendster bermula dan semakin bertambah kerana ia tidak menyediakan ruangan-ruangan ilmu yang bermanfaat yang boleh saya nikmati. Kalau adapun terlalu sangat sedikit melalui 'post' buletin yang dipaparkan. Menyedari amanah ilmu yang perlu disampaikan, maka saya menggunakan ruang yang ada untuk menyebarkan sesuatu dengan menghantar beberapa 'post' untuk tatapan dan renungan anak-anak remaja saya. Tindakan tersebut langsung menyebabkan saya menerima beberapa 'respon' yang kurang menyelesakan dari sebilangan anak didik remaja. Terasa barangkali ketika itu maka saya telah mendelete 'post-post' yang dihantar dan akhirnya mendelete akaun Friendster saya. Setelah mengetahui bahawa 'post-post' yang dihasilkan itu sebenarnya memberi kesan yang positif buat sebilangan besar yang lain, akhirnya saya kembali semula dengan akaun yang baru. Namun kali ini saya mula menggunakan 'Blog Friendster' untuk menyampaikan pandangan-pandangan dan teguran saya. Saya sedar bahawa saya perlu berhadapan dengan realiti karenah anak-anak remaja yang pelbagai dan mungkin separa matang pemikirannya. Dan saya mengambil pendirian untuk bersabar dengannya. Dan saya menamakan blog tersebut dengan 'Ragam Remaja' 'Pelbagai Karenah dan Ragam Anak Remaja Membawaku Ke Sini'

Oleh kerana ruangan 'Friendster' menjadi berkecamuk antara maklumat yang bermanfaat dan yang tidak berfaedah maka saya mengambil inisiatif untuk membina blog peribadi sendiri pada April 2006. Saya memerlukan ruang yang bersih untuk membentuk dan menyalurkan sesuatu. Maka blog baru pertamapun terhasil dengan 'background' template epal terbalik.

Membaca 'script-script' tidak sama seperti membaca kitab-kitab dan buku-buku ilmiah. Saya akui bahawa saya lebih menikmati kepuasan dengan membaca buku-buku ilmiah dan membuat kajian berbanding menatap skrin komputer berjam-jam lamanya untuk membaca 'script-script' yang sukar difahami bahasanya. Ini mengenangkan saya kepada seorang sahabat saya Wan Zuhairi yang mempunyai kesanggupan untuk bertahan lama di hadapa komputer. Sewaktu saya bertanyanya bagaimana untuk membina laman web sekolah tahun lalu. Katanya "Kena trial and error", cuba dan salah dan cuba lagi. Kata-katanya tersebut mengingatkan saya kepada karya Piere and Madison yang bertajuk 'Trial and Error: The Idea of Progress'. Saya mungkin boleh bersetuju dengan idea ini untuk pemikiran rekacipta tetapi tidak dalam prinsip-prinsip agama. Begitulah bagaimana saya mendapat pengetahuan serba sedikit tentang pembinaan blog dan laman web. Dan hari ini saya melihat semakin ramai yang mengorak langkah yang sama.

September tahun lalu saya telah mendelete blog 'Ragam Remaja' dengan menggantikan nama baru 'Koridor Remaja Muslim'. Asasnya blog ini lebih kepada dedikasi kepada anak-anak didik remaja di sekolah-sekolah yang pernah saya mengajar sebelum ini. Saya mungkin akan menumpukan penulisan-penulisan yang lebih serius dan berat selepas ini sesuai dengan fasa penghijrahan saya. Saya memohon kepada Allah moga diberi kekuatan untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab ilmu di mana jua saya berada.

*Sedang mencari-cari klu terjumpa blog anak-anak didik putra pulak.

1 comments:

mama moden said...

SALAM USTAZ, APA KABAR?
MEMANG MCABARKAN USTAZ MENEROKA SESUATU YG BARU TAMBAHAN BILA KURANG ILMU MACAM SAYA NI. TERIMA KASIH PADA ANAK2 ALAF BARU YG LEBIH KEHADAPAN MENEROKA ALAM MAYA NI, MOGA MEREKA DAPAT MENGGUNAKAN KEMUDAHAN YG ADA DENGAN SEBAIK2NYA. SEMOGA USTAZ SUKSES DIMANA SAJA BERADA