Friday, 21 August 2009

Ramadhan: Menyambut Yang Dirindu

Lidah kelu dari menuturkan bicara,
Pena sukar mengukir kata-kata,
Untuk mengungkapkan bahasa rindu,
Ternanti-nanti akan kehadiranmu,



Terasa detik-detik penuh debaran,
Pabila tarikh kunjungmu semakin dekat berhampiran,
Apakah diri masih berkesempatan,
Untuk bertemu dan bersamamu selama sebulan,


Saat senja melabuhkan tirainya,
Kau hadir bersama rahmat di awalnya,
Kemudian dibuka pintu keampunan di pertengahannya,
Dijanjikan pula pembebasan dari neraka di sepertiga akhirnya,



Terdengar sayup azan dikumandangkan,
Tapak-tapak umat manusia melangkah berderapan,
Berkumpul menyahut seruan azan,
Bersatu semuanya untuk mengabdikan diri di rumah tuhan,


Ramadhan,
Kau telah mejadikan Si Kaya menjadi seorang yang dermawan,
Si Miskin menjadi lebih bersyukur kepada tuhan,
Merendahkan hati yang berpangkat dan berjawatan,
Membersihkan hati dari hasad dan kedengkian,
Sehingga terlihat indahnya ukhuwwah dan kesatuan,

Ramadhan,
Kunjunganmu mengubat kerinduan,
Kehadiranmu disambut dengan tangisan kegembiraan,
Kerana kunjunganmu setiap kali meninggalkan pendidikan,
Yang amat berkesan, menyentuh hati dan perasaan insan,


* Selamat Menyambut ramadhan al-Mubarak. Moga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari tahun-tahun yang telah ditinggalkan

0 comments: